Sabtu, 30 Julai 2016

Syawal dah nak meninggalkan kita. Chik Tie baru nak update pasal Hari Raya. Aduyai pun. Tak apalah, asalkan ada untuk kenang-kenangan dan tatapan di kemudian hari. Tahun ni raya pertama Chik Tie kat kampung halaman Chik Tie di Kelantan, raya kedua lepas Subuh kami berdua balik rumah mertua Chik Tie di Kemaman. Raya ketiga balik Kelantan semula, raya keempat suami dah kembali ke Ipoh. Minggu ke-2 raya, Chik Tie pulak ke Ipoh, sekarang sambung kemas barang di Kelantan. Gitu. Raya tetap raya, ulang alik tetap ulang alik.
Keluarga Besar Chik Tie termasuk sepupu sepapat. Sebahagian je ni. Baru 20-30%
Keluarga di Kemaman. Ipar dan biras Chik Tie. Tak cukup sorang di Jepun.



Tahun ni raya pertama Chik Tie pakai baju pink sebab kebetulan ada baju yang Ex-boss bagi dulu belum pakai, jadi suami rela hati pakai pink hihii. Nampak ayu gitu. 




Disebabkan tahun ni Chik Tie tak kerja, maka sempatlah Chik Tie buat biskut. Tahun depan rasanya biskut tunjuk lah yang banyak sebab dah bekerja kan. Biskut famous amos tu memang sedap lah. haha puji diri sendiri pun boleh.


Beginilah hari raya Chik Tie. Sederhana namun penuh cinta dan kasih sayang. Berikan masa, luangkan masa untuk kesayangan ;-) 


Salam sayang.
ChikTiedotCOM

4 komen

Seronok balik kampung. Selain dapat berjumpa orang tua boleh jumpa saudara mara dan kenalan.

REPLY

Betul tu. mengiimbau balik kenangan masa dulu dulu, family bonding :)

REPLY

Mana yang pakai baju biru masa raya tu,
kita geng! hehee

REPLY

hahaha kita pakai baju biru jugak. tapi raya ke tiga hehe

REPLY

ChikTie . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates