Jumaat, 28 Oktober 2016

Assalamualaikum semua.

Lama tak bersua di laman blog ni. Rindu. Rinduuuuuuuu serindu rindunya. Gitu. Sering kali tidak ketemu jalan pulang ke blog. Hari ni baru jumpa. Dah nak masuk dua bulan Chik Tie ada di Kuala Terengganu. Hampir sebulan juga menginap di rumah sewa di Kuala Terengganu ni. Tapi kemas barang tak siap siap lagi hahaha. Jom Chik Tie buat imbas kembali sikit masa proses pindah dari KB ke KT.




Punya banyak barang nak angkut dengan lori. Ini tak semua lagi ni. Agak banyak juga barang yang diangkut. Termasuk pakaian dan hal hal berkaitan. Yang penting, guna saja dari rumah lama di KB. Rindu rumah biruku. Rumah pertama kami belajar berdikari.



Lori sampai di KT waktu Maghrib. Jadi kami angkat cecepat barang barang, Letak je tepi. Malas nak mula godek godek, nanti bila dah mula Chik Tie tak boleh berhenti kemas. Esoknya nak kerja, ada program besar pulak tu,  jadi Chik Tie biar je buat buat tak nampak dulu.


Sekarang ni ada rupa rumah dah sikit. Cuma baju bajuan itu tidak ku larat lagi mahu kemas. Kemas sikit demi sikit. Lama lama cantiklah tu hahaha. Sedapkan hati.  Chik Tie deko deko ala kadar dulu, nanti ada masa, ada rezeki baru kita deko deko lagi.

Sekian.

Selamat bercuti panjang sempena Deepavali.


Jumpa lagi Chik Tie nanti. Semoga bertemu jalan kembali ke blog.


ChikTie . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates