Selasa, 15 November 2016


Lega sebab dah habis uruskan kursus untuk tahun ni. Kira inilah kursus pertama yang Chik Tie uruskan di JKM, dan yang terakhir untuk tahun 2016.  Syukur dah selesai. Kursus ni untuk petugas petugas baru Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Cikgu-cikgu untuk anak-anak dan dewasa OKU. Cikgu cikgu yang sabar, dan bijak. 




 Yang seronoknya, Chik Tie berpeluang melawat salah satu PDK di Kuala Terengganu, PDK Tepoh.  Sempat jumpa pelatih-pelatih dan petugas, sempat beli karipap, dan rasa sos hasil dari PDK Tepoh. Sedap, tapi tak semapt nak beli sos tu. Dah habis.





Di PDK Tepoh pun ada usahakan cendawan, tapi masa Chik Tie sampai sini, cendawan tu tak kembang lagi, Chik Tie yang kembang nampaknya tu.

 

Seronok dapat kenal kenalan baru. Dengar pelbagai cerita, dan latar belakang, personaliti, dan ragam. Macam zaman sekolah, jadi pengawas jaga kelas hahaa. ^__^



Sekian.
Hingga ChikTie bertemu keyboard ke blog.

ChikTie . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates