Rabu, 21 Jun 2017


Hari ni dah 26 Ramadan. Ada yang dah balik kampung, ada yang dalam perjalanan balik, dan baru nak memulakan perjalanan. Chik Tie doakan perjalanan anda semua dipermudahkan, dan sampai ke kampung dengan selamat. Dan selamat kembali semula ke bandar.

Berhati-hati di jalan raya. Jangan pandu dengan emosi. chik Tie faham, memang kalau kita kena himpit lah, kereta depan tak bagi signal, memang kita rasa nak marah. Tapi itulah kan, seboleh mungkin kita cubalah kawal emosi. Jangan nak kejar mengejar pula. Nanti lain jadinya.


Semalam masa balik kerja pun, ada adengan kejar kejar ni. Dari sebab tak bagi signal. Masalahnya yang tak bagi signal ni pulak yang kejar kereta abang tu.  Sampai kat trafic light, siap ketuk tingkap kereta, macam nak ajak gaduh pulak. Abang tu rileks je. Tak layan. Bila lampu hijau kan dah menyusahkan orang lain. Bagi Chik Tie tak perlulah nak buat macam tu. Kita ni puasa, kalau macam tu kita buat, hmmm tak tau nak kata Chik Tie ni. Risau jugak kot jadi tumbuk menumbuk ke apa, sebab kereta tu betul betul depan kereta Chik Tie.


Pesan Chik Tie;

-  Signal biasanya dicipta dan tidak perlu dibeli asing bila beli kereta. Jadi jangan sia-siakan ia. Okay

- Memotong di tempat yang selamat. Kalau selekoh, atas jambatan, tahanlah sekejab keinginan membuak membuak nak memotong tu. Tak lari kampung dikejar.

- Bila masuk waktu, berhentilah dulu di masjid yang terdekat. Lebih baik buat solat jamak takdim sebolehnya. Jadi tak ada kita terkejar-kejar bila waktu dah makin hampir nak habis.

Rujuk panduan : Di sini

- Bawa bekalan kurma, dan air untuk perjalanan. Sebagai persediaan menghadapi kesesakan. Senang nanti, kalau berbuka ke, bersahur ke, kita dah ada back up plan. ^_^

Berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan dan dilindungi Allah. 


12 komen

Hati2 di jalan raya . Jangan lupa main mercun banabanyak di malam raya.

Selamat harirya.

REPLY

(b)"Signal biasanya dicipta dan tidak perlu dibeli asing bila beli kereta. Jadi jangan sia-siakan ia. Okay"(/b)...ini memang win..

Hahaha

REPLY

Chik Tie dah balik kampung ke tu? Selamat Hari Raya Chik Tie dan Salam Perkenalan ye. mana button follower? :D

REPLY

Hati² semasa dalam perjalanan balik :)Semoga selamat sampai ke destinasi

REPLY

Selamat hari raya chiktie. 😊

REPLY

Alhamdulillah. dah selamat kembali kat tempat mencari rezeki. Tak sempat main mercun, haha

REPLY

Hahaha. Kan.. susah bebenar nak bagi. Macam kena bayar ^_^

REPLY

Alhamdulillah, dah selamat balik kg mertua, kg sendiri, dan dah ada kat tempat cari rezeki. Salam kenal.

Button Follower ada error hari tu. ^_^

REPLY

Terima kasih zie. Alhamdulillah, dah selamat balik kat tempat cari rezeki. Tengah cari mood nak kerja haha lama sangat cuti

REPLY

hahaha.. kalau nak bercerita pasal tabiat memandu ni,
memang boleh buat banyak bab.... sabar jelah

REPLY

Kalau buat filem, siap buleh buat filem 1, 2, 3,4,5 haha. sabar sajalah

REPLY

ChikTie . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates