Selasa, 4 Julai 2017


Jumpa lagi semua. Maklumlah, tengah semangat. Update laju laju sementara masih ada semangat yang berkobar kobar ni. Okay masih cerita raya, kali ni Chik Tie sambung beraya di Kelate pulak. Raya ketiga hingga kelima. Nampak macam lama. Tapi disebabkan beberapa faktor dan urusan, sebenarnya dalam lima hari tu, tiga hari je pergi beraya. 




Alhamdulillah, tahun ni Chik Tie sempat menziarah rumah tok tok sedara sebelah arwah nenek. Tak ramai dah yang masih ada, jadi gunakan kesempatan ni untuk gembirakan mereka.


Ni keluarga Abrar, ex boss Chik Tie dulu. Penguasaha Taska Abrar. Orang yang banyak mengajar Chik Tie dalam urusan kerja, dan kehidupan jugak.



Memandangkan Chik Tie tak ada di hari raya pertama, tak adalah Chik Tie dalam gambar beramai ramai. Jadi whatsapp penganti diri. SOb sob sob



Bukan main lagi mereka posing, lepas tu whatsapp dalam family group whatsapp. Amboi amboi amboii sangat.



 Puteri berdua ni anak sedara sulung dan nombor dua Chik Tie. Dah besar besar dah. Dah boleh bergilir baju, dan tudung. Kasut tak boleh, sebab bentuk kaki besar kechik berbeza.







Alhamdulillah, dapat bawa ma jumpa kawan kawan, sedara mara. Walaupun tak sempat menziarah semua, inshaAllah nanti berkelapangan kita pergi. Kat rumah pun ramai yang datang. Alhamdulillah.


Bila dah mula kerja, bercinta juga nak cari mood balik. Hari ni pun masih terawang-awang. Apa pun, perjuangan perlu diteruskan. Hihi. 

5 komen

Meriahhh hari raya chiktie. 😊

REPLY

Alhamdulillah. Dapat berkumpul bersama keluarga, kawan kawan, kenalan, tu satu kegembiraan yang tak terkira dah

REPLY

Amboi amboi amboii sangat.
Besarnya galah untuk selfie.

REPLY

Hahha. galah bukan sebarang galah. ^_^

REPLY

slmt hari raya chik tie. kelatey alek mano terr

REPLY

ChikTie . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates