Rabu, 13 September 2017


Sudah lama tak bersua di muka blog. Aduhai. Nak kata sibuk tak sibuk juga. Tapi itulah kan. Komitmen yang tak dapat diseimbangkan. Salah sendiri, bukan salah jiran sebelah. Hihi tiba-tiba.

Cuti panjang Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong baru ni, Chik Tie sempat membawa diri dan kaki dan seluruh pancaindera ke Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Sambil hantar kakak Chik Tie ke airport, kebetulan kakak ada kerja kat sini. 



Cantik pantai ni. Dekat dengan airport jugak. Masa Chik Tie pergi ni tak ramai orang. Mana nak ramai, pukul 1 lebih. Panas, baik orang duduk kat rumah lah kan. Tapi demi gambar, Chik Tie redah je panas tu. Kalau tidak, tak tahu bila lagi kan nak datang. Alang alang dah sampai dekat, singgahlah terus.




Dekat depan pantai ni adalah kedai makan, jadi kalau sesiapa yang suka makan sambil tengok dan rasa angin pantai, digalakkan datang. Pemandangan pun masa Chik Tie sampai ni SubhanaAllah, sangat cantik.  Cuaca cantik, warna laut yang cantik, langit cerah kebiruan, pasir pantai yang memutih. SubhanaAllah. Sangat sempurna. Segala puji bagi Allah



Nampak tak angin tengah kuat,  habis berterbangan rambut suamiku itu. Dan tudungku jua. Nasib baik lah dah ready, pin banyak banyak. Masa sampai buaian semua ada orang. Dan sekali lagi, gigih menunggu dengan sabar. 

Yang pergi ke pantai lalu berada di buaian, jangan lama-lama sangat okay. kesian orang lain jugak. Kecuali tak ada orang, silalah berlama lama sendirian. Tak ada orang marah. Gitu.




Chik Tie suka pantai, walaupun Chik Tie takut air. Hahaha. Suka sangat pantai. Damai, dan tenang. Chik Tie paling sedih, kalau gi pantai yang cantik, tiba tiba penuh sampah. Sayang bukan. Jadi, kalau makan ke apa apa ke aktiviti kat pantai, pastikan kita bawa plastik untuk sampah siap-siap. Kutip, dan buang dalam tong sampah. Kalau tak ada tong sampah, bawa lah dan carilah jalan ke tong sampah yang berdekatan.

Jangan ada sikap, tak apa, pantai ni nanti ada orang bersihkan. No no no. Tak nak gitu. Setiap dari kita WAJIB dan BERAMANAH untuk menjaga keindahan yang Allah pinjamkan buat kita. 



Sekian ceramah Chik Tie, sehingga bertemu lagi. Lepas ni segmen Chik Tie Pok Yie Jalan-jalan akan disambung. Pantai lain pulak. Tidak kurang cantiknya. Tunggguuu..




6 komen

Bestnya main buaian, cuma buaiannya takde teduhan macam buaian bawah pokok yang biasa tu.

REPLY

Kalau ramai sangat orangnya, memang tak merasa la nak bersantai di buaian.. :D

REPLY

Buaian ambik gambar . Kalau panas tak duduk jugak haha

REPLY

Betul tu. Tertunggu tunggu sampai ke sudah

REPLY

Best kan jalan-jalan kat sini? Kami pun suka pi pantai Teluk Ketapang ni jugak..

REPLY

ChikTie . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates